Sunday, July 1, 2007

Sekapur Sirih....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan pengunjung laman web peribadi saya. Diharapkan dengan adanya laman web ini, rakan-rakan semua dapat mengenali diri saya dengan lebih dekat lagi.

Di samping itu, saya berharap rakan-rakan mendapat manfaat sepenuhnya daripada laman web ini. Saya juga tidak berkeberatan untuk menolong rakan-rakan yang ingin membina laman web peribadi anda. InsyaAllah, saya akan menolong selagi saya mampu.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa serta keluarga saya yang sentiasa membantu saya dalam menyiapkan laman web ini.

Sudut Karya!!


Program ‘ Kitar Semula ‘ adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria.

Pernahkah anda dengar perkataan ‘ Kitar Semula’? Saya pasti anda tentu pernah mendengarnya melalui televisyen atau mana-mana media massa. Maksud kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah seperti tin aluminium, botol plastik, botol kaca dan kertas. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar. Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai perlu di lakukan bagi menjayakan program tersebut.

Sebenarnya, program sebegini dapat dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan. Contohnya kertas, dalam kehidupan seharian manusia menggunakan hampir berpuluh-puluh juta million helai kertas untuk kegunaan pejabat, sekolah dan rumah pangsa. Serasa tidak lengkap hidup sehelai kertas meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas. Bayangkan jika barpuluh-puluh juta million helai kertas di kitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.

Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tong-tong kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan sekolah-sekolah dan bandar serta di kampung. Tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan seperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja pihak kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar semula mengajar dan mendidik anak-anak supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya pembungan sampah yang berleluasa.

Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi bertujuan bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang berkaitan. Pusat-pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masing-masing. Selain itu, dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik minat masyarakat untuk menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian insentif atau hadiah kepada sesiapa yang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan menggalakkan orang ramai untuk menghantar bahan buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar memberikan wang sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung yang sudah dibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi.

Di samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan elektronik masih dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan faedah kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau Radio Televisyen Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Komputer juga boleh digunakan bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau ‘homepage’ berkenaan alam sekitar dan proses kitar semula. Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat dan orang ramai menghabiskan masa dengan komputer, jadi dengan animasi, fakta dan maklumat tentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik minat orang ramai untuk menyertai program kitar semula ini.

Selain itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang membuang sampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan longkang patut dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. ini kerana mereka bukan sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana pembiakan lalat, lipas dan tikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas jika mereka tidak berubah sikap.

Justeru itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama untuk menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia.

FAKTA MENARIK!!!

KITARAN HIDUP SEEKOR AYAM

Kitaran hidup seekor ayam adalah sebagaimana berikut:
  1. Telur ayam menetas selepas 21 hari.
  2. Anak ayam tumbesar menjadi ayam dewasa.
  3. Kitaran hidup berterusan apabila ayam dewasa bertelur.

KITARAN HIDUP SEEKOR KATAK


Kitaran hidup seekor katak adalah sebagaimana berikut:
  1. Telur yang tersenyawa berkembang menjadi berudu.
  2. Berudu matang mempunyai kaki belakang.
  3. Berudu matang menjadi anak katak.
  4. Anak katak menjadi katak dewasa.
  5. Kitaran hidupan berterusan apabila katak dewasa bertelur.

KITARAN HIDUP SEEKOR LIPAS


Kitaran hidup seekor lipas adalah sebagaimana berikut:
  1. Telur dikeluarkan dalam satu sarang telur. Sarang telur ini mengandungi antara 16 hingga 40 biji telur.
  2. Daripada sarang telur itu, muncul lipas muda ( nimfa ).
  3. Nimfa bersalin kulit beberapa kali.
  4. Akhirnya, nimfa itu menjadi lipas dewasa.
  5. Kitaran hidup berterusan apabila lipas dewasa bertelur.

KITARAN HIDUP SEEKOR RAMA-RAMA

Kitaran hidup seekor rama-rama adalah sebagaimana berikut:
  1. Telur yang tersenyawa berkembang menjadi ulat beluncas.
  2. Ulat beluncas berubah menjadi kepompong.
  3. Akhirnya, rama-rama akan muncul.
  4. Kitaran hidup berterusan apabila rama-rama dewasa bertelur.

GERHANA BULAN


Gerhana bulan berlaku apabila bulan terlindung dalam bayang-bayang bumi.

Hal ini terjadi apabila bumi berada di antara bulan dengan matahari. Cahaya matahari disekat oleh bumi dan tidak sampai ke bulan. Akibatnya, bulan tidak kelihatan kerana berada dalam bayang bumi.

Dengan demikian menyebabkan berlakunya gerhana bulan.


GERHANA MATAHARI TERJADI

Gerhana matahari terjadi apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari.

Dengan demikian, cahaya matahari disekat oleh bulan untuk sampai ke bumi.

Bayang bulan akan terjadi pada permukaan bumi dan menyebabkan bahagian ini menjadi gelap.


LENGAN TAPAK SULAIMAN, JIKA DIPOTONG, AKAN TUMBUH SEMULA

Ya! Tapak Sulaiman, jika dipotong kecil-kecilan sekalipun, akan membina kembali lengan-lengannya daripada tiap-tiap bahagian yang dipotong itu.


CAHAYA MATAHARI SAMPAI KE BUMI
Cahaya matahari mengambil masa selama lapan minit setengah untuk sampai ke bumi.

Soalan UPSR!!